Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua??? Fieza harap anda semua sihat...
Ermm...dalam kesibukkan membuat persiapan raya yg bakal menjelang seminggu lagi...
Tentu ramai di antara kita terlupa ttg Hari Kemerdekaan Negara yg ke-54...
Maklumlah MERDEKA tahun ini jatuhnya pada hari raya ke-2...
Ish3x...raya,raya jugak u all tp jgnlah kita lupa KEMERDEKAAN NEGARA ye??
So, Fieza ada cipta sajak khas bersempena dgn Hari Kemerdekaan..
dan utk pengetahuan u all sajak nie i menang taw!!!
Hopefully u all like the poem =)
Dahulu,
Titik hitam sejarah silam,
Menghantui fikiran anak watan,
Yang hidup dalam penderitaan,
Malahan 1001 penyeksaan,
Tanpa rasa belas kasihan.
Dahulu,
Titik hitam sejarah silam,
Menghantui fikiran anak watan,
Yang dibelenggu kemiskinan,
Malahan 1001 kelukaan,
Tanpa rasa kesangsian.
Dahulu,
Titik hitam sejarah silam,
Menghantui fikiran anak watan,
Zaman penjajah mula dirasakan,
Negara dan bangsa mnjadi medan,
Sebagai tempat pertarungan,
Untuk melepaskan kebencian,
Malahan 1001 kezaliman,
Tanpa rasa penyesalan.
Kini,
Titik hitam sejarah silam,
Telah luput dari ingatan,
Penderitaan diganti kebahagiaan,
Malahan 1001 kegembiraan,
Dapat dilihat pada wajah anak watan.
Kini,
Titik hitam sejarah silam,
Telah luput dari ingatan,
Yang miskin dilimpahi kekayaan,
Malahan 1001 kemanisan,
Dapat dinikmati setiap insan.
Kini,
Titik hitam sejarah silam,
Telah luput dari ingatan,
Penjajah tiada anak watan keriangan,
Negara dan bangsa mencapai kemerdekaan,
Malahan maju dalam sektor pembangunan,
Kerana jasa dan pengorbanan,
Seorang insan bernama Tunku Abdul Rahman.
Naib Johan,
Pertandingan Mencipta Sajak Patriotik,
Panitia Sejarah Petaling 2005.
No comments:
Post a Comment