Assalamualaikum w.b.t
Anda semua tahu tak sejarah kemerdekaan negara??
Kalau tak tahu,moh lar baca blog saya utk ruangan kali ini...
Selamat membaca!!! =)
1955
Pilihan raya umum pertama telah diadakan yang mana Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC
memenangi 51 kerusi dari 52 kerusi yang dipertandingkan manakala 1 kerusi dimenangi oleh PAS.
1956
Perdana Menteri Malaysia 1, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan ke London untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Perjanjian London 8 Feb 1956 telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan Tunku Abdul Rahman telah membuat pengumuman mengenai tarikh kemerdekaan di Negeri Melaka.
1957
Tepat pukul 12tgh malam, 31 Ogos 1957, bendera Union Jack telah diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka dengan melaungkan 3x laungan MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA sebagai tanda Tanah Melayu telah bebas daripada jajahan British.

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman
melaungkan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.

Bendera Malaysia buat pertama kali dinaikkan pada 31 Ogos 1957
Stadium Merdeka
No comments:
Post a Comment